1
00:00:14,139 --> 00:00:15,307
<i>Siapa awak?</i>

2
00:00:26,151 --> 00:00:27,152
<i>Siapa awak?</i>

3
00:00:49,716 --> 00:00:50,717
Helo?

4
00:00:58,100 --> 00:01:00,269
<i>Maaf, saya bertanya terlalu awal.</i>

5
00:01:02,187 --> 00:01:04,313
<i>Hai, awak yang berada di atas meja.</i>

6
00:01:04,397 --> 00:01:06,650
<i>Boleh awak menjawab soal selidik pendek?</i>

7
00:01:07,943 --> 00:01:08,944
Siapa awak?

8
00:01:09,486 --> 00:01:10,487
<i>Lima soalan.</i>

9
00:01:10,571 --> 00:01:11,864
<i>Saya tahu awak mengantuk,</i>

10
00:01:11,947 --> 00:01:15,325
<i>tapi saya pasti
ini akan buat awak rasa segar.</i>

11
00:01:16,451 --> 00:01:17,828
Siapa yang bercakap?

12
00:01:27,379 --> 00:01:28,380
Ya Tuhan.

13
00:01:37,514 --> 00:01:40,517
Hei! Buka pintu!

14
00:01:47,441 --> 00:01:50,694
<i>Kita boleh berbual
selepas soal selidik ini selesai.</i>

15
00:01:51,320 --> 00:01:53,030
<i>Boleh kita mula dengan soalan pertama?</i>

16
00:01:54,406 --> 00:01:55,908
Saya takkan jawab soal selidik awak.

17
00:01:57,075 --> 00:01:59,328
<i>Boleh kita mula dengan soalan pertama?</i>

18
00:02:02,998 --> 00:02:04,124
Keluarkan saya dari sini.

19
00:02:08,086 --> 00:02:09,086
Hei!

20
00:02:10,881 --> 00:02:12,174
Buka pintu!

21
00:02:13,133 --> 00:02:14,134
Tak guna.

22
00:02:15,469 --> 00:02:18,096
Hei! Biar saya keluar!

23
00:02:41,245 --> 00:02:42,246
Hei.

24
00:02:44,039 --> 00:02:45,040
<i>Helo.</i>

25
00:02:46,041 --> 00:02:47,167
Lima soalan?

26
00:02:48,627 --> 00:02:49,753
<i>Ya.</i>

27
00:02:51,088 --> 00:02:52,339
Apa saya dapat selepas selesai?

28
00:02:54,967 --> 00:02:56,301
<i>Bergantung kepada jawapan awak.</i>

29
00:02:59,763 --> 00:03:00,764
Okey.

30
00:03:01,640 --> 00:03:03,016
<i>Bagus. Mari mula.</i>

31
00:03:03,517 --> 00:03:06,019
<i>Soalan permulaan, siapa awak?</i>

32
00:03:06,770 --> 00:03:08,522
Itu soalan pertama?

33
00:03:09,147 --> 00:03:10,399
<i>Nama pertama sudah mencukupi.</i>

34
00:03:24,872 --> 00:03:25,873
Saya tak…

35
00:03:26,957 --> 00:03:28,417
<i>Tak mengapa.</i>

36
00:03:28,500 --> 00:03:31,545
<i>Jika awak tak boleh menjawabnya,
awak boleh jawab, "tidak diketahui."</i>

37
00:03:32,921 --> 00:03:34,089
Apa ini?

38
00:03:34,173 --> 00:03:35,424
<i>Okey, tidak diketahui.</i>

39
00:03:35,507 --> 00:03:39,761
<i>Soalan kedua, awak dilahirkan di negeri
atau kawasan mana dalam AS?</i>

40
00:03:39,845 --> 00:03:42,014
- Sebentar.
- <i>Negeri atau kawasan mana?</i>

41
00:03:42,097 --> 00:03:43,640
- Saya tak tahu.
- <i>Tidak diketahui.</i>

42
00:03:43,724 --> 00:03:48,437
<i>Soalan ketiga, sila namakan
apa-apa saja negeri atau kawasan AS…</i>

43
00:03:48,520 --> 00:03:49,897
- Tak guna. Saya…
- <i>…pertama yang awak fikirkan.</i>

44
00:03:49,980 --> 00:03:52,858
- Saya tak tahu. Delaware. Apa berlaku?
- <i>Delaware.</i>

45
00:03:52,941 --> 00:03:57,070
<i>Soalan keempat,
apa sarapan kegemaran En. Eagan?</i>

46
00:03:57,154 --> 00:03:58,864
Saya tak… Itu tak masuk akal.

47
00:03:58,947 --> 00:04:01,325
<i>Betul? Tidak diketahui. Soalan kelima.</i>

48
00:04:01,408 --> 00:04:03,994
<i>Sebagai peringatan, ini soalan terakhir.</i>

49
00:04:04,077 --> 00:04:05,370
<i>Seingat awak,</i>

50
00:04:05,454 --> 00:04:09,416
<i>apa warna mata ibu awak?</i>

51
00:04:27,434 --> 00:04:29,686
Okey, apa berlaku?

52
00:04:29,770 --> 00:04:31,146
<i>Tidak diketahui.</i>

53
00:04:31,230 --> 00:04:37,110
<i>Jadi semua jawapannya tidak diketahui
kecuali Delaware.</i>

54
00:04:38,403 --> 00:04:39,905
Apa awak dah buat pada saya?

55
00:04:51,458 --> 00:04:53,001
Awak mendapat markah penuh.

56
00:05:46,930 --> 00:05:48,640
LUMON
AKSES SVR'D MARK SCOUT

57
00:06:49,868 --> 00:06:51,495
Awak sudah bersedia untuk En. Scout?

58
00:07:00,420 --> 00:07:01,421
Terima kasih.

59
00:07:05,133 --> 00:07:06,134
Silakan.

60
00:07:38,625 --> 00:07:41,044
LALUAN SVR'D

61
00:08:31,929 --> 00:08:32,929
En. Scout.

62
00:08:33,013 --> 00:08:34,014
Hai, Judd.

63
00:08:44,900 --> 00:08:47,528
- Baiklah, jumpa awak petang nanti.
- Ya, jumpa nanti.

64
00:11:16,009 --> 00:11:17,886
- Pernafasan awak teruk.
- Maaf.

65
00:11:17,970 --> 00:11:19,137
Awak tak sihat?

66
00:11:19,221 --> 00:11:21,390
Mungkin. Petey bersenguk semalam.

67
00:11:21,974 --> 00:11:23,851
Jika awak bernafas depan saya,
saya akan cabut larinks awak.

68
00:11:23,934 --> 00:11:26,353
Tiba-tiba saja melampau.

69
00:11:26,436 --> 00:11:28,647
Rasanya cabut larinks saya yang berkuman

70
00:11:28,730 --> 00:11:31,358
akan buat awak lebih sakit
berbanding bernafas depan awak.

71
00:11:31,441 --> 00:11:33,068
Tidak. Endorfin.

72
00:11:35,028 --> 00:11:37,781
Petey kena ada
di pejabat hari ini, sebab saya hampir

73
00:11:37,865 --> 00:11:40,701
siapkan fail Tumwater
dan dia perlu prosesnya.

74
00:11:40,784 --> 00:11:42,369
Rasanya dia tiada.

75
00:11:43,203 --> 00:11:47,040
Kalau dia tak proses hari ini, mereka
takkan tahu sehingga Selasa minggu depan.

76
00:11:47,124 --> 00:11:49,751
- Itu perkara mengarut biasa Lumon.
- Hati-hati.

77
00:11:50,335 --> 00:11:52,129
Hai, anak-anak. Makan apa malam ini?

78
00:11:52,212 --> 00:11:54,047
Sudahlah, Irv. Kami dah beri amaran.

79
00:11:54,131 --> 00:11:55,716
Tentang ucapan itu? Awak bergurau.

80
00:11:55,799 --> 00:11:59,761
Tak, kami bencinya.
Berapa banyak sebab kita berikan?

81
00:12:00,470 --> 00:12:02,723
- Lapan.
- Lapan sebab.

82
00:12:02,806 --> 00:12:05,267
Sebab paling utama
ialah sikap meninggi diri yang terpendam.

83
00:12:05,350 --> 00:12:08,854
Ia mengelirukan. Adakah anak-anak sediakan
makan malam awak dalam senario ini?

84
00:12:08,937 --> 00:12:10,939
Ya. Awak seorang ayah yang teruk?

85
00:12:12,441 --> 00:12:14,526
- Petey tak ada?
- Rasanya dia tak sihat.

86
00:12:14,610 --> 00:12:17,446
Alamak.
Dylan akan siapkan Tumwater hari ini.

87
00:12:17,529 --> 00:12:19,072
Ya, kalau dia tak nampak saya dah siap,

88
00:12:19,156 --> 00:12:21,158
saya mungkin tak diterima
sebagai jurutapis terbaik suku ini

89
00:12:21,241 --> 00:12:22,951
dan terlepas parti wafel saya.

90
00:12:23,035 --> 00:12:26,079
Tak berhenti merungut.
Faedah istimewa semakin tidak terkawal.

91
00:12:26,163 --> 00:12:28,081
Semasa kami proses fail dulu,

92
00:12:28,165 --> 00:12:29,958
mereka jabat tangan kami dan isi krimer.

93
00:12:30,042 --> 00:12:32,377
Saya masih tak percaya
dulu krimer ialah insentif.

94
00:12:32,461 --> 00:12:35,297
Betul.
Dulu, kami berterima kasih untuk itu.

95
00:12:35,380 --> 00:12:37,049
Itu teruk.

96
00:12:37,132 --> 00:12:38,759
Ya, sangat teruk.

97
00:12:38,842 --> 00:12:43,388
Bekerja keras seharian dan tak dapat
sarapan kanak-kanak sebagai ganti.

98
00:12:43,472 --> 00:12:45,766
Hari ini Irv tegas.

99
00:12:46,767 --> 00:12:49,269
Selamat pagi. Penapisan Data Makro.

100
00:12:49,353 --> 00:12:50,562
Hai, En. Milchick.

101
00:12:51,647 --> 00:12:53,315
Mark, boleh saya cakap dengan awak?

102
00:13:06,411 --> 00:13:09,414
PENAPISAN DATA MAKRO

103
00:13:23,387 --> 00:13:26,557
Kali terakhir awak jumpa Cik Cobel,
dia di pejabat lama.

104
00:13:26,640 --> 00:13:28,100
Sekarang dia di pejabat baharu.

105
00:13:28,684 --> 00:13:30,352
Ia pejabat yang sangat berbeza.

106
00:13:31,144 --> 00:13:32,354
Ada apa?

107
00:13:32,896 --> 00:13:33,897
Dia tak pernah cakap,

108
00:13:33,981 --> 00:13:36,817
tapi saya tahu dia pasti gembira
jika kita puji pejabatnya.

109
00:13:42,781 --> 00:13:46,243
PENTADBIRAN

110
00:13:47,911 --> 00:13:50,247
Mark? Masuk. Tutup pintu.

111
00:13:51,290 --> 00:13:52,291
Cantik pejabat awak.

112
00:13:52,791 --> 00:13:54,042
Ia teruk.

113
00:13:55,169 --> 00:13:56,920
Ya, pejabat lama lebih bagus.

114
00:14:04,553 --> 00:14:06,847
Awak nampak teruk, seperti pengar.

115
00:14:08,182 --> 00:14:09,266
Sila duduk.

116
00:14:15,022 --> 00:14:17,024
Lembaga akan sertai kita
melalui talian hari ini.

117
00:14:20,277 --> 00:14:22,362
Mark S. bersama saya.

118
00:14:32,748 --> 00:14:33,874
Helo. Awak…

119
00:14:38,420 --> 00:14:41,215
Rasanya ini tentang saya
menggantikan ketua jabatan hari ini.

120
00:14:41,298 --> 00:14:44,468
Okey. Baiklah… Maksud saya,

121
00:14:44,551 --> 00:14:47,679
saya pernah gantikan Petey,
jadi ia bukan satu masalah.

122
00:14:47,763 --> 00:14:50,933
Petey sudah berhenti dari syarikat ini.

123
00:14:52,059 --> 00:14:53,060
Apa?

124
00:14:54,478 --> 00:14:59,900
Saya cakap,
Petey sudah berhenti dari syarikat ini.

125
00:14:59,983 --> 00:15:04,279
Maaf, Mark. Kamu berdua antara pasangan
sahabat kegemaran saya di pejabat.

126
00:15:06,532 --> 00:15:10,077
Sepatutnya ada notis tentang ini.
Apa berlaku?

127
00:15:10,160 --> 00:15:11,286
Kami mahu beritahu awak,

128
00:15:11,370 --> 00:15:14,331
tapi malangnya,
ada larangan dasar tiada pendedahan.

129
00:15:14,414 --> 00:15:17,167
Kami akan melanggar hak peribadi Petey
jika beritahu awak.

130
00:15:20,838 --> 00:15:25,133
Mark, boleh letakkan kad kunci awak
di atas meja saya?

131
00:15:29,888 --> 00:15:34,142
Mark S., dengan ini saya kurniakan awak
kebebasan berkhidmat untuk Kier

132
00:15:34,226 --> 00:15:37,896
dengan jawatan
ketua jabatan Penapisan Data Makro.

133
00:15:37,980 --> 00:15:39,231
Tahniah.

134
00:15:49,283 --> 00:15:52,119
Boleh berjabat tangan
jika terdapat permintaan.

135
00:15:58,458 --> 00:16:00,085
Terima kasih. Boleh saya berjabat tangan?

136
00:16:07,509 --> 00:16:11,054
Saya tahu awak tak pernah ketuai latihan,
tapi Irving akan ada untuk membantu.

137
00:16:11,138 --> 00:16:15,601
Ikut saja carta alir
dan uruskan mengikut dialektik.

138
00:16:15,684 --> 00:16:16,685
Awak akan buat dengan baik.

139
00:16:17,561 --> 00:16:19,646
- Kalau awak perlukan beberapa minit…
- Terima kasih. Tak perlu.

140
00:16:23,525 --> 00:16:26,653
Terima kasih kepada Lembaga juga.

141
00:16:28,447 --> 00:16:33,493
Lembaga takkan bersuara
dalam perjumpaan ini.

142
00:16:43,837 --> 00:16:46,256
Jurutapis kita sebelum ini,
seorang wanita, dia…

143
00:16:46,340 --> 00:16:47,883
Carol. Jawatan Dylan sebelum ini.

144
00:16:51,011 --> 00:16:52,012
Jangan sedih.

145
00:16:52,095 --> 00:16:54,723
Saya tak apa-apa. Kita takkan apa-apa.

146
00:16:54,806 --> 00:16:56,683
Saya tahu awak dan Petey rapat.

147
00:16:56,767 --> 00:17:00,103
Dia saja yang suka jenaka awak.

148
00:17:00,187 --> 00:17:04,107
Semuanya okey. Jadi saya patut mula
dengan input soal selidik?

149
00:17:04,191 --> 00:17:05,400
Itu agak pelik, bukan?

150
00:17:05,483 --> 00:17:06,527
Ia standard.

151
00:17:06,609 --> 00:17:09,946
Mula pada 1A dan teruskan mengikut baris,
berdasarkan jawapannya.

152
00:17:10,030 --> 00:17:12,031
Bagaimana jika saya bercakap saja
dengan dia?

153
00:17:12,115 --> 00:17:15,661
Dia berhak menerima maklumat
dengan susunan yang betul.

154
00:17:15,743 --> 00:17:17,162
Seperti awak dulu.

155
00:17:17,246 --> 00:17:18,247
LUMON MENGITAR SEMULA!

156
00:17:18,329 --> 00:17:22,960
"Jika pelatih berasa gelisah dan
mahu keluar, langkau ke muka surat 19."

157
00:17:24,127 --> 00:17:26,964
Dia perlu minta tiga kali
untuk awak beri kebenaran.

158
00:17:27,047 --> 00:17:28,924
Ya.

159
00:17:29,424 --> 00:17:31,301
PELATIH PERLU MINTA UNTUK KELUAR TIGA KALI

160
00:17:33,971 --> 00:17:35,639
Imej bagus.

161
00:17:36,890 --> 00:17:38,058
Dia nampak bagus.

162
00:17:39,101 --> 00:17:40,811
Okey. Kamu sudah sedia.

163
00:17:44,606 --> 00:17:46,942
Saya suka lihat kamu bekerjasama begini.

164
00:17:48,777 --> 00:17:50,153
Teruskan apabila sudah sedia.

165
00:17:53,991 --> 00:17:55,367
- Baiklah.
- Okey.

166
00:17:55,450 --> 00:17:56,535
B-004 KENYATAAN PELATIH:
SIAPA YANG BERCAKAP?

167
00:17:56,618 --> 00:17:58,579
SOALAN Q-001: SIAPA AWAK?
JAWAPAN STANDARD: TIDAK DIKETAHUI.

168
00:18:02,040 --> 00:18:03,041
Begitulah.

169
00:18:06,003 --> 00:18:07,004
Siapa awak?

170
00:18:16,597 --> 00:18:17,598
Baiklah.

171
00:18:19,683 --> 00:18:21,018
Siapa awak?

172
00:18:26,857 --> 00:18:27,941
- Mark.
- Apa?

173
00:18:28,025 --> 00:18:29,526
Awak tak beritahu mukadimah.

174
00:18:30,152 --> 00:18:31,153
<i>Helo?</i>

175
00:18:31,695 --> 00:18:32,696
Tak guna!

176
00:18:36,783 --> 00:18:38,827
Maaf, saya bertanya terlalu awal.

177
00:18:40,787 --> 00:18:41,622
HAI, AWAK YANG BERADA DI ATAS MEJA.

178
00:18:42,539 --> 00:18:43,916
- Betul.
- Okey.

179
00:18:45,250 --> 00:18:46,793
Hai, awak yang berada di atas meja.

180
00:18:46,877 --> 00:18:49,546
Boleh awak menjawab soal selidik pendek?

181
00:18:51,673 --> 00:18:52,674
<i>Siapa awak?</i>

182
00:18:53,759 --> 00:18:54,927
Lima soalan.

183
00:18:55,010 --> 00:18:56,220
Saya tahu awak mengantuk,

184
00:18:56,303 --> 00:18:59,348
tapi saya pasti
ini akan buat awak rasa segar.

185
00:19:01,058 --> 00:19:02,351
<i>Siapa yang bercakap?</i>

186
00:19:02,976 --> 00:19:04,394
"Siapa yang bercakap?"

187
00:19:09,149 --> 00:19:10,317
APA SARAPAN KEGEMARAN EN. EAGAN?

188
00:19:17,032 --> 00:19:18,659
<i>Hei! Buka pintu!</i>

189
00:19:18,742 --> 00:19:20,035
Mark.

190
00:19:20,118 --> 00:19:22,913
Kita boleh berbual
selepas selesai soal selidik ini.

191
00:19:22,996 --> 00:19:24,206
Boleh kita mula dengan soalan pertama?

192
00:19:24,289 --> 00:19:26,250
<i>Saya takkan jawab soal selidik awak.</i>

193
00:19:29,753 --> 00:19:31,922
Boleh kita mula dengan soalan pertama?

194
00:19:32,005 --> 00:19:34,049
<i>Keluarkan saya dari sini. Hei!</i>

195
00:19:37,719 --> 00:19:40,264
- <i>Buka pintu!</i>
- Dia tak patut buat begitu.

196
00:19:40,848 --> 00:19:41,849
<i>Hei!</i>

197
00:19:41,932 --> 00:19:43,225
Dia akan pecah masuk.

198
00:19:43,308 --> 00:19:44,893
- <i>Biar saya keluar!
- </i>Tidak.

199
00:19:46,270 --> 00:19:47,479
Awak nampak apa berlaku?

200
00:19:48,981 --> 00:19:49,982
Saya sedang melihat.

201
00:19:51,233 --> 00:19:52,442
Saya patut tolong?

202
00:19:54,403 --> 00:19:55,445
Tidak.

203
00:20:02,870 --> 00:20:04,538
Awak mendapat markah penuh.

204
00:20:05,998 --> 00:20:09,626
Rasanya saya tahu punca kekeliruan kita.

205
00:20:10,711 --> 00:20:13,255
- Apa?
- Ada mukadimah

206
00:20:13,338 --> 00:20:15,883
yang saya patut baca
sebelum soal selidik tadi,

207
00:20:15,966 --> 00:20:18,510
untuk memulakan soalan dan…

208
00:20:19,511 --> 00:20:22,222
Malangnya, saya terlupa
dan terus mulakan soalan.

209
00:20:22,306 --> 00:20:23,348
Saya ternakan?

210
00:20:24,349 --> 00:20:25,350
Apa?

211
00:20:26,602 --> 00:20:30,522
Awak ternak saya sebagai makanan,
sebab itu saya tiada ingatan?

212
00:20:33,108 --> 00:20:38,197
Awak fikir kami bela manusia,
beri awak pemikiran…

213
00:20:38,280 --> 00:20:39,865
- Saya tak tahu.
- …warnakan kuku awak dan…

214
00:20:39,948 --> 00:20:41,200
Saya tak tahu. Saya tak kenal awak.

215
00:20:41,283 --> 00:20:43,493
Awak bukan ternakan. Aduhai!

216
00:20:44,161 --> 00:20:45,579
Jadi apa nama saya?

217
00:20:47,122 --> 00:20:48,123
Helly.

218
00:20:48,624 --> 00:20:51,251
Nama awak Helly. Helly R.

219
00:20:52,669 --> 00:20:53,670
Sila duduk.

220
00:21:08,268 --> 00:21:10,187
Terima kasih
sebab menjawab soal selidik sambutan.

221
00:21:10,270 --> 00:21:14,274
Saya dapat rasa yang soalan itu
buat awak takut atau keliru.

222
00:21:14,358 --> 00:21:18,695
Berita baiknya, awak di sesi orientasi.

223
00:21:25,827 --> 00:21:27,955
Awak telah diambil bekerja
untuk satu jawatan

224
00:21:28,038 --> 00:21:31,083
di tingkat pemisahan Industri Lumon.

225
00:21:31,708 --> 00:21:32,835
Tingkat apa?

226
00:21:44,930 --> 00:21:48,559
Saya faham awak keliru
tentang prosedur pemisahan.

227
00:21:49,101 --> 00:21:50,853
Sebelum kita bercakap tentang itu,

228
00:21:50,936 --> 00:21:55,607
mari berbual tentang
keseimbangan kerja dan kehidupan.

229
00:21:56,567 --> 00:21:58,652
Sebagai permulaan,
bayangkan awak sebagai jongkang-jongket.

230
00:22:01,238 --> 00:22:02,531
Aduh! Tak guna!

231
00:22:02,614 --> 00:22:04,700
Pintu dikunci dari luar!

232
00:22:04,783 --> 00:22:06,159
- Biar saya keluar!
- Tak guna!

233
00:22:08,328 --> 00:22:12,207
Boleh bertenang sebentar? Tolonglah.

234
00:22:24,303 --> 00:22:25,304
Tolong.

235
00:22:47,409 --> 00:22:49,203
Okey, nama saya Mark.

236
00:22:50,579 --> 00:22:53,790
Jadi, saya…

237
00:22:53,874 --> 00:22:56,376
Beberapa tahun sebelum ini,
saya terjaga di atas meja ini.

238
00:22:57,002 --> 00:22:58,045
Dalam bilik ini.

239
00:22:58,128 --> 00:23:03,884
Serta suara tanpa jasad
bertanya saya 19 kali siapa saya.

240
00:23:07,012 --> 00:23:09,223
Apabila saya sedar saya tak boleh jawab,

241
00:23:09,306 --> 00:23:14,728
saya beritahu suara itu yang saya
akan cari dan bunuh dia.

242
00:23:16,647 --> 00:23:19,566
Entah kenapa saya cakap begitu.
Saya juga ketakutan.

243
00:23:20,817 --> 00:23:22,152
Awak bunuh suara itu?

244
00:23:23,862 --> 00:23:24,863
Tidak.

245
00:23:25,572 --> 00:23:30,118
Tidak, namanya Petey
dan dia jadi kawan baik saya.

246
00:23:32,204 --> 00:23:35,749
Di sini ada kehidupan, Helly.

247
00:23:36,667 --> 00:23:38,293
Ada kehidupan?

248
00:23:47,344 --> 00:23:53,809
Seperti jongkang-jongket,
kehidupan perlukan…

249
00:23:56,562 --> 00:23:58,313
Keluarkan saya dari sini!

250
00:24:07,948 --> 00:24:10,826
- <i>Minta sekali lagi.
- Apa?</i>

251
00:24:10,909 --> 00:24:14,830
Awak minta keluar dua kali.
Minta sekali lagi.

252
00:24:16,331 --> 00:24:17,875
- Mark.
- Ya?

253
00:24:18,959 --> 00:24:21,253
Saya mahu keluar
dari bangunan ini sekarang.

254
00:24:23,672 --> 00:24:26,675
Saya faham awak tak rasa
seperti awak sesuai di Lumon.

255
00:24:26,758 --> 00:24:30,345
Walaupun saya kecewa, saya tak mahu
biarkan awak di tempat awak tak suka.

256
00:24:30,429 --> 00:24:33,390
Jadi mari bawa awak keluar.

257
00:24:39,855 --> 00:24:40,856
Irv.

258
00:25:03,629 --> 00:25:07,424
Jabatan di sini agak kosong,
tapi ia akan diisi satu hari nanti.

259
00:25:07,508 --> 00:25:09,218
Mereka sedang rancang perkembangan.

260
00:25:10,052 --> 00:25:11,637
Saya sebahagian daripadanya?

261
00:25:12,471 --> 00:25:14,431
Tidak. Awak pengganti.

262
00:25:15,224 --> 00:25:16,517
Pengganti siapa?

263
00:25:18,393 --> 00:25:20,103
Kenapa cara awak cakap
seperti awak bencinya?

264
00:25:27,319 --> 00:25:29,696
Di sini tangga untuk keluar.
Selepas selekoh ini.

265
00:25:36,995 --> 00:25:38,163
Awak tak hantar saya keluar?

266
00:25:38,247 --> 00:25:39,665
Saya tak dibenarkan untuk melihat.

267
00:25:39,748 --> 00:25:41,250
Apa?

268
00:25:41,333 --> 00:25:42,751
Apabila awak pergi…

269
00:25:44,503 --> 00:25:45,838
Saya tak boleh tengok awak pergi.

270
00:25:53,011 --> 00:25:54,388
Sudah tentu.

271
00:26:03,772 --> 00:26:06,859
AMBANG SVR'D
KAWASAN LARANGAN

272
00:26:27,546 --> 00:26:29,590
Apa berlaku?

273
00:27:21,892 --> 00:27:23,477
- Saya sudah mati?
- Tidak.

274
00:27:24,102 --> 00:27:26,480
- Ini bukan neraka?
- Bukan.

275
00:27:27,648 --> 00:27:29,358
Jadi kenapa saya tak boleh keluar?

276
00:27:29,441 --> 00:27:32,236
Awak dah keluar tadi.
Sekurang-kurangnya sehingga ke tangga.

277
00:27:32,319 --> 00:27:34,696
Awak keluar, tapi masuk semula.

278
00:27:35,781 --> 00:27:37,366
- Tidak.
- Ya.

279
00:27:38,325 --> 00:27:39,326
Ayuh.

280
00:27:42,746 --> 00:27:45,666
<i>Guna peralatan pejabat
sebagai senjata pada hari pertama awak.</i>

281
00:27:46,834 --> 00:27:49,127
Awak pasti menyeronokkan.

282
00:27:49,837 --> 00:27:51,672
Dengar, saya faham.

283
00:27:51,755 --> 00:27:56,760
Saya juga mahu belasah Mark,
tapi saya majikannya.

284
00:27:56,844 --> 00:27:58,887
Dia pula ketua jabatan awak.

285
00:27:59,680 --> 00:28:02,266
Jadi kita berdua perlu bertahan.

286
00:28:03,100 --> 00:28:07,104
Berita baiknya, ada satu bahagian lagi
bagi orientasi awak

287
00:28:07,187 --> 00:28:10,315
yang Mark tak boleh rosakkan.

288
00:28:11,108 --> 00:28:12,359
Kenapa?

289
00:28:12,943 --> 00:28:14,862
Sebab ia video.

290
00:28:22,369 --> 00:28:24,538
Selamat datang ke Lumon, Helly.

291
00:28:50,439 --> 00:28:51,732
Sila duduk.

292
00:29:10,709 --> 00:29:12,085
Awak marahkan saya?

293
00:29:13,253 --> 00:29:17,633
Sebab tidak cekap atau sebab ingkar?

294
00:29:18,842 --> 00:29:20,677
- Baiklah…
- Ya!

295
00:29:22,471 --> 00:29:24,848
Ibu saya seorang ateis.

296
00:29:25,807 --> 00:29:29,186
Dia pernah cakap yang ada berita baik
dan buruk tentang neraka.

297
00:29:29,770 --> 00:29:31,188
Berita baiknya,

298
00:29:31,855 --> 00:29:36,693
neraka cuma imaginasi manusia.

299
00:29:36,777 --> 00:29:37,778
Berita buruknya,

300
00:29:39,363 --> 00:29:43,283
apa-apa saja manusia boleh bayangkan,
selalunya mereka boleh hasilkan.

301
00:29:47,621 --> 00:29:49,164
Saya tak faham maksud awak.

302
00:29:51,041 --> 00:29:54,628
Jabatan seperti jabatan awak
boleh jadi sangat baik atau sangat buruk.

303
00:29:55,379 --> 00:29:57,297
Awak tahu apa perbezaannya?

304
00:30:04,179 --> 00:30:05,180
Pekerjanya.

305
00:30:16,692 --> 00:30:17,985
Awak boleh duduk.

306
00:30:23,949 --> 00:30:25,993
LUMON
"HELLY R." SELAMAT DATANG

307
00:30:31,915 --> 00:30:34,543
<i>Okey, sila duduk.</i>

308
00:30:44,344 --> 00:30:45,429
<i>Nama saya Helly R.</i>

309
00:30:47,764 --> 00:30:48,932
<i>Saya merakam video ini</i>

310
00:30:49,016 --> 00:30:53,187
<i>lebih kurang dua jam
sebelum ia akan ditontonkan kepada saya.</i>

311
00:30:55,147 --> 00:30:58,483
<i>Saya dengan kerelaan sendiri
telah memilih untuk menjalani prosedur</i>

312
00:30:58,567 --> 00:31:00,485
<i>yang dikenali sebagai pemisahan.</i>

313
00:31:02,321 --> 00:31:07,409
<i>Saya benarkan kronologi persepsi saya
diasingkan secara pembedahan,</i>

314
00:31:07,492 --> 00:31:11,663
<i>memisahkan memori antara kerja
dan kehidupan peribadi saya.</i>

315
00:31:12,623 --> 00:31:13,957
<i>Saya maklum yang mulai sekarang,</i>

316
00:31:14,041 --> 00:31:18,128
<i>akses saya kepada memori saya
akan ditentukan melalui ruang.</i>

317
00:31:19,421 --> 00:31:21,965
<i>Saya tak boleh mengakses
ingatan dunia luar</i>

318
00:31:22,049 --> 00:31:24,968
<i>semasa di tingkat bawah tanah Lumon
yang dipisahkan,</i>

319
00:31:25,052 --> 00:31:27,513
<i>atau mengekalkan memori kerja saya
selepas naik ke atas.</i>

320
00:31:29,932 --> 00:31:33,185
<i>Saya sedar yang perubahan ini</i>

321
00:31:33,268 --> 00:31:36,188
<i>adalah menyeluruh dan tetap.</i>

322
00:31:37,773 --> 00:31:39,441
<i>Saya membuat kenyataan ini tanpa dipaksa.</i>

323
00:31:44,780 --> 00:31:47,699
<i>Okey, itu saja.</i>

324
00:31:54,831 --> 00:31:55,832
Okey.

325
00:31:56,917 --> 00:31:57,918
Pergilah.

326
00:32:16,770 --> 00:32:18,272
Jadi saya takkan keluar dari sini?

327
00:32:20,524 --> 00:32:21,817
Awak balik pukul 5:00.

328
00:32:22,317 --> 00:32:25,487
Sebenarnya masa keluar kita berperingkat,
jadi 5:15.

329
00:32:26,697 --> 00:32:29,867
Tapi awak takkan rasa lama.
Diri awak yang sekarang takkan rasanya.

330
00:32:31,577 --> 00:32:32,911
Saya ada keluarga?

331
00:32:33,954 --> 00:32:35,289
Awak takkan tahu.

332
00:32:36,874 --> 00:32:38,584
Saya tiada pilihan.

333
00:32:39,751 --> 00:32:45,007
Setiap kali awak di sini,
ia sebab awak pilih untuk kembali.

334
00:33:13,076 --> 00:33:14,077
Helo.

335
00:33:52,199 --> 00:33:53,325
Selamat malam.

336
00:33:53,408 --> 00:33:54,409
Selamat malam.

337
00:34:35,033 --> 00:34:36,034
EN. SCOUT

338
00:34:43,458 --> 00:34:46,043
"Mark, semasa awak bawa kotak
ke dalam sebuah bilik hari ini,

339
00:34:46,128 --> 00:34:48,505
awak terlanggar slaid projektor tergantung

340
00:34:48,589 --> 00:34:52,176
dan pelipis awak cedera sedikit."

341
00:34:59,141 --> 00:35:00,517
BAR DAN GRIL PIP'S
KAD AKSES VIP

342
00:35:00,601 --> 00:35:01,977
KAD HADIAH INI
MEMBENARKAN SEKALI KEMASUKAN

343
00:35:02,060 --> 00:35:03,145
KE RUANG VIP PIP'S.

344
00:35:03,228 --> 00:35:04,479
SAYA VIP PIP'S

345
00:35:20,287 --> 00:35:21,496
Hei!

346
00:35:22,164 --> 00:35:23,749
Maaf.

347
00:35:25,125 --> 00:35:26,960
Fokus semasa memandu di jalan berais.

348
00:35:29,838 --> 00:35:30,839
Maaf.

349
00:35:56,865 --> 00:35:59,868
RUMAH BANDAR BAIRD CREEK

350
00:36:30,566 --> 00:36:34,570
<i>Ya, agas luangkan kebanyakan
masa tiga hingga tujuh hari kehidupannya…</i>

351
00:36:52,504 --> 00:36:56,925
<i>Tidak, saya tahu, Pn. Selvig.
Tapi ia di kawasan saya lagi.</i>

352
00:36:57,759 --> 00:37:01,513
Ya. Sampah dibuang esok.
Malam ini kitar semula.

353
00:37:02,514 --> 00:37:05,642
Ya, ia pelik, tapi begitulah cara mereka.

354
00:37:05,726 --> 00:37:08,061
Tiada ruang dengan kedua-dua tong awak…

355
00:37:25,746 --> 00:37:26,997
- Hei.
- Hei.

356
00:37:31,210 --> 00:37:32,211
Awak lupa?

357
00:37:37,174 --> 00:37:38,759
Ya. Tak guna.

358
00:37:38,842 --> 00:37:39,843
Tak mengapa.

359
00:37:40,844 --> 00:37:41,845
- Maaf.
- Tak mengapa.

360
00:37:41,929 --> 00:37:44,640
- Awak mahu pakai seluar, saya akan…
- Saya dah pakai seluar.

361
00:37:44,723 --> 00:37:46,517
…jumpa awak di… Itu bukan seluar.

362
00:37:47,893 --> 00:37:51,730
Bagaimana ia makan malam,
jika tiada makanan?

363
00:37:51,813 --> 00:37:52,940
- Okey.
- Sebab…

364
00:37:53,649 --> 00:37:55,317
Awak kena pergi
sebab berhutang dengan saya.

365
00:37:55,400 --> 00:37:56,944
- Ya?
- Ya.

366
00:37:57,027 --> 00:38:00,322
Awak ingat semasa kita kecil,
saya adik-beradik yang lebih baik?

367
00:38:00,405 --> 00:38:02,866
Saya dah terlupa.

368
00:38:04,326 --> 00:38:06,745
Serta ulang tahun itu semakin hampir,

369
00:38:06,828 --> 00:38:08,705
jadi saya fikir mungkin awak mahu
bersama-sama orang lain.

370
00:38:10,123 --> 00:38:11,124
Tidak.

371
00:38:13,168 --> 00:38:15,462
Ini teruk. Bila awak tercedera?

372
00:38:15,546 --> 00:38:17,756
Dari tempat kerja, mereka minta maaf.

373
00:38:18,382 --> 00:38:19,800
Mereka minta maaf. Mujurlah.

374
00:38:20,843 --> 00:38:22,761
Mereka ada beri penjelasan
bersama permohonan maaf itu?

375
00:38:22,845 --> 00:38:25,180
Tak mengapa. Dapat kad hadiah.

376
00:38:25,764 --> 00:38:28,475
Dapat kad hadiah. Kedai mana?

377
00:38:29,518 --> 00:38:30,644
Entahlah. Pip's.

378
00:38:31,270 --> 00:38:34,147
Sudah tentulah Pip's. Nikmatinya.

379
00:38:34,231 --> 00:38:36,024
Ya, tanpa awak.

380
00:38:45,284 --> 00:38:46,743
Itu tahanan kita.

381
00:38:46,827 --> 00:38:49,246
- Hai, Rick.
- Ricken. Tolonglah, panggil saya Ricken.

382
00:38:50,497 --> 00:38:52,416
- Awak nampak tenang.
- Biasalah.

383
00:38:53,125 --> 00:38:54,334
- Okey.
- Hai, sayang.

384
00:38:54,418 --> 00:38:55,419
Hai.

385
00:38:56,170 --> 00:39:00,757
Tidak, ramai orang terlepas pandang
yang kehidupan bukan tentang makanan.

386
00:39:00,841 --> 00:39:02,551
- Ya.
- Kita ada kehidupan,

387
00:39:02,634 --> 00:39:06,054
kualiti dapat merasa
dan aktiviti yang rumit.

388
00:39:06,138 --> 00:39:08,932
Kemudian ada makanan, apa itu makanan?

389
00:39:09,016 --> 00:39:10,392
- Ya, apa itu makanan?
- Bahan tenaga.

390
00:39:11,018 --> 00:39:13,353
Kalori. Ia tak sama.

391
00:39:13,437 --> 00:39:15,814
- Ya. Tepat sekali, Patton.
- Saya setuju.

392
00:39:15,898 --> 00:39:17,566
Walaupun, jika saya…

393
00:39:17,649 --> 00:39:22,863
Maaf, ayah saya dan Mark ada botol
yang diukir "wiski ialah kehidupan."

394
00:39:24,448 --> 00:39:26,325
- Betul.
- Ia jenaka yang jelas.

395
00:39:26,408 --> 00:39:28,785
Betul.
Dia kaki botol yang salah diagnosis.

396
00:39:28,869 --> 00:39:32,247
Mark, Ricken beritahu saya dan Rebeck
awak bekas profesor sejarah.

397
00:39:32,331 --> 00:39:33,332
Ya.

398
00:39:33,415 --> 00:39:35,792
Jadi saya ingin tahu pendapat awak
tentang perkara ini.

399
00:39:37,211 --> 00:39:39,213
Perbezaan makanan
dan kehidupan berkaitannya.

400
00:39:41,340 --> 00:39:44,885
Saya tak tahu. Saya banyak mengajar
tentang Perang Dunia Pertama.

401
00:39:44,968 --> 00:39:47,095
Okey. Saya ada satu soalan untuk awak.

402
00:39:47,179 --> 00:39:48,931
Saya baru baca satu bahan bacaan

403
00:39:49,014 --> 00:39:52,768
tentang tahap perbandingan keganasan
dan perang sepanjang zaman.

404
00:39:53,393 --> 00:39:54,394
Amaran nerda.

405
00:39:54,478 --> 00:39:55,896
Bacaan perang yang menarik.

406
00:39:56,980 --> 00:40:02,444
Tapi dia berkata dalam bahan bacaan itu
sebenarnya orang panggil ia Perang Besar.

407
00:40:03,028 --> 00:40:05,697
Jelasnya, ia satu kesalahan
untuk panggilnya Perang Dunia Pertama.

408
00:40:06,281 --> 00:40:07,616
Benarkah?

409
00:40:11,411 --> 00:40:16,792
Ia takkan digelar
Perang Dunia Pertama pada waktu itu

410
00:40:16,875 --> 00:40:20,212
sebab Perang Dunia Kedua belum berlaku.

411
00:40:21,463 --> 00:40:23,090
Sudah tentu.

412
00:40:23,173 --> 00:40:24,591
- Itu betul.
- Sudah tentu.

413
00:40:25,300 --> 00:40:26,343
Itu betul.

414
00:40:26,426 --> 00:40:27,970
Sebab itu kita ajak dia.

415
00:40:28,929 --> 00:40:32,516
Mendiang isteri Mark, Gemma,
juga pendidik. Kesusasteraan Rusia.

416
00:40:32,599 --> 00:40:34,518
- Saya suka sastera.
- Ya?

417
00:40:35,519 --> 00:40:37,688
Tapi sekarang Mark pekerja Lumon.

418
00:40:37,771 --> 00:40:39,106
- Ricken.
- Benarkah?

419
00:40:39,189 --> 00:40:41,066
Ya. Lebih kurang dua tahun.

420
00:40:41,149 --> 00:40:43,110
- Awak reka ubat di situ?
- Tidak.

421
00:40:43,193 --> 00:40:45,863
Saya sangka Lumon syarikat teknologi.

422
00:40:45,946 --> 00:40:47,739
- Ia bermula sejak 1800-an.
- Benarkah?

423
00:40:47,823 --> 00:40:49,616
Salap topikal, bukan?

424
00:40:49,700 --> 00:40:50,784
Apa yang ia tak hasilkan?

425
00:40:51,743 --> 00:40:54,454
Ya, tapi saya dalam
bahagian arkib korporat, jadi…

426
00:40:54,538 --> 00:40:56,790
Jadi awak tahu semua rahsia jahat.

427
00:40:57,332 --> 00:40:59,126
- Tidak.
- Tidak.

428
00:40:59,209 --> 00:41:03,338
Kerja Mark terlalu sensitif
sehingga perlukan prosedur pemisahan.

429
00:41:10,762 --> 00:41:12,264
Itu menarik, bukan?

430
00:41:14,016 --> 00:41:17,311
Ya. Ia juga pilihan dia
untuk beritahu orang atau tidak.

431
00:41:17,394 --> 00:41:18,854
- Bukan, Ricken?
- Ya Tuhan.

432
00:41:18,937 --> 00:41:20,814
- Tidak.
- Ya Tuhan, Mark.

433
00:41:20,898 --> 00:41:22,566
- Maafkan saya.
- Tak mengapa. Saya tak peduli.

434
00:41:22,649 --> 00:41:25,694
- Maafkan saya.
- Tak, saya rasa ia menarik.

435
00:41:25,777 --> 00:41:27,446
Saya harap saya boleh lakukannya.

436
00:41:28,530 --> 00:41:31,909
Saya sentiasa berfikir
tentang diri yang kedua.

437
00:41:34,786 --> 00:41:37,748
Tidak ada saya yang kedua.

438
00:41:38,624 --> 00:41:40,709
Ia tetap saya. Saya buat kerja.

439
00:41:40,792 --> 00:41:44,922
Saya tak faham elemen asasnya.
Bagaimana rasa melakukannya?

440
00:41:48,175 --> 00:41:51,553
Ia mudah.
Memori seseorang dijadikan dwicabang,

441
00:41:51,637 --> 00:41:54,973
jadi bila kita bukan di tempat kerja,
kita tak ingat kerja kita.

442
00:41:55,057 --> 00:41:56,058
Saya betul, Mark?

443
00:41:56,141 --> 00:41:58,936
- Itu…
- Jadi masuk kerja pukul 9:00,

444
00:41:59,019 --> 00:42:01,605
kemudian tiba-tiba pukul 5:00
dan awak balik?

445
00:42:01,688 --> 00:42:04,233
- Kami keluar berperingkat, jadi…
- Mereka buat begitu?

446
00:42:04,316 --> 00:42:07,569
Kemudian apabila awak di tempat kerja,
awak tak ingat memori dunia luar.

447
00:42:07,653 --> 00:42:11,323
Jadi diri awak versi itu
terperangkap di sana.

448
00:42:11,406 --> 00:42:13,575
Itu…

449
00:42:13,659 --> 00:42:16,203
- Saya bukan maksudkan terperangkap, tapi…
- Tapi apa?

450
00:42:20,290 --> 00:42:24,253
Tidak. Saya ingin tahu. Apa awak
mahu cakap? Bukan terperangkap, tapi apa?

451
00:42:27,130 --> 00:42:28,131
Apa maksud awak?

452
00:42:32,261 --> 00:42:35,055
Rasanya kami tahu
pendapat awak tentang perbincangan ini.

453
00:42:35,138 --> 00:42:36,431
Okey, rasanya kita mungkin

454
00:42:36,515 --> 00:42:37,641
- terlepas pandang soalnya.
- Ya.

455
00:42:39,309 --> 00:42:41,979
Soalnya Mark sudah buat keputusan.

456
00:42:42,062 --> 00:42:43,814
Keputusan itu
mungkin menimbulkan kontroversi,

457
00:42:45,190 --> 00:42:47,150
secara etika dan sosial.

458
00:42:47,734 --> 00:42:50,487
Secara moral dan saintifik.

459
00:42:51,530 --> 00:42:54,950
Tapi, Mark, saya menyokong awak

460
00:42:55,576 --> 00:42:56,785
sepenuh hati.

461
00:42:56,869 --> 00:42:58,495
- Awak cakapnya dengan baik.
- Terima kasih.

462
00:42:58,579 --> 00:43:00,998
- Sudah tentu.
- Saya pasti menyokong Mark.

463
00:43:04,751 --> 00:43:07,087
Terima kasih. Itu sangat baik.

464
00:43:07,963 --> 00:43:10,382
Kita sudah sampai tahap

465
00:43:10,465 --> 00:43:12,509
saya sepatutnya cakap, "Makanlah."

466
00:43:13,886 --> 00:43:16,471
Tapi bagi saya ketiadaan makanan

467
00:43:16,555 --> 00:43:21,101
dah benarkan kita
untuk berbincang dengan lebih mendalam.

468
00:43:21,185 --> 00:43:23,020
- Ya. Sudah tentu.
- Betul?

469
00:43:23,103 --> 00:43:25,981
Kawan saya di Lima tidak hadiri
makan malam berasaskan makanan selama…

470
00:43:27,608 --> 00:43:30,277
Awak akan maafkan saya
jika saya beri 3,000 dolar?

471
00:43:31,570 --> 00:43:36,491
Sebab anak awak tak bersalah
dalam kekejaman malam ini,

472
00:43:36,575 --> 00:43:40,037
saya akan tunggu selepas dia lahir
sebelum bunuh awak.

473
00:43:40,120 --> 00:43:43,540
Ya Tuhan. Makanlah.

474
00:43:46,585 --> 00:43:47,586
Terima kasih.

475
00:43:52,508 --> 00:43:56,595
Hei, bagaimana perjumpaan
dengan pakar terapi yang bermisai aneh?

476
00:44:01,517 --> 00:44:02,518
Awak tak pergi?

477
00:44:04,353 --> 00:44:06,813
Kerja saya membantu saya.

478
00:44:08,148 --> 00:44:09,149
Ya.

479
00:44:10,734 --> 00:44:13,529
Saya bangga dengan awak
sebab terima kerja itu. Betul.

480
00:44:14,738 --> 00:44:17,032
Saya tahu dia juga pasti bangga.

481
00:44:20,327 --> 00:44:23,872
Cuma saya rasa melupakan dia
selama lapan jam sehari

482
00:44:23,956 --> 00:44:26,792
bukan satu penyembuhan.

483
00:44:34,842 --> 00:44:36,677
Awak mahu tidur di sini?
Awak sudah berada di sini.

484
00:44:38,178 --> 00:44:39,179
Tidak.

485
00:44:40,347 --> 00:44:41,348
Kenapa?

486
00:44:41,431 --> 00:44:43,267
Rumah awak berbau seperti kandungan.

487
00:44:47,062 --> 00:44:49,273
Ya, saya masih belum faham elemen asasnya.

488
00:44:51,108 --> 00:44:52,526
Dia menyeronokkan, bukan?

489
00:44:53,110 --> 00:44:55,904
- Awak kena tidur di sini malam ini.
- Tidak.

490
00:44:55,988 --> 00:44:57,906
Saya buat semua cadar sendiri,

491
00:44:57,990 --> 00:45:01,034
jadi saya tak dapat siapkan
cadar yang besar dalam masa terdekat.

492
00:45:01,785 --> 00:45:04,288
Tapi katil kelamin itu selesa

493
00:45:04,371 --> 00:45:07,124
dan baju tidur itu tenunan tangan Baltic,

494
00:45:07,207 --> 00:45:09,585
jadi awak akan tidur lena.

495
00:45:10,127 --> 00:45:14,256
Terima kasih. Saya masih tak faham
sebab awak beli tiga katil.

496
00:45:14,339 --> 00:45:16,341
- Ya.
- Rakan sekerja Ricken beritahu kami

497
00:45:16,425 --> 00:45:20,262
menukar katil semasa anak membesar
boleh mencederakan anak itu.

498
00:45:20,345 --> 00:45:21,722
Secara kekal.

499
00:45:21,805 --> 00:45:26,018
Tapi jika kita beri anak itu
semua katilnya semasa kelahiran,

500
00:45:26,101 --> 00:45:29,146
kita benarkan dia bertukar katil
mengikut masanya tersendiri.

501
00:45:29,771 --> 00:45:31,356
Saya faham. Ya.

502
00:45:36,486 --> 00:45:37,487
Ya.

503
00:45:38,572 --> 00:45:40,574
Mereka gembira
dengan awak malam ini, Mark.

504
00:45:42,826 --> 00:45:43,827
Bagus.

505
00:45:44,328 --> 00:45:45,537
Baiklah, sayang.

506
00:45:46,663 --> 00:45:47,748
- Awak dah sedia, sayang?
- Ya.

507
00:45:47,831 --> 00:45:48,916
- Mari pergi.
- Mimpi indah.

508
00:45:48,999 --> 00:45:50,000
Terima kasih.

509
00:45:51,543 --> 00:45:53,045
Selamat malam, tuan.

510
00:45:53,128 --> 00:45:54,546
Selamat malam, puan.

511
00:47:51,955 --> 00:47:52,956
Hei.

512
00:47:53,457 --> 00:47:54,458
Hei.

513
00:47:54,958 --> 00:47:55,959
Berapa lama awak dah bangun?

514
00:47:56,543 --> 00:47:57,669
Agak lama.

515
00:48:00,923 --> 00:48:04,468
Ada ahli perniagaan di halaman malam tadi.

516
00:48:04,551 --> 00:48:06,220
- Ahli perniagaan?
- Ya.

517
00:48:06,303 --> 00:48:08,222
Tingkat kemasukan atau pengurusan?

518
00:48:08,305 --> 00:48:09,306
Saya serius.

519
00:48:09,890 --> 00:48:11,600
Ada lelaki di halaman saya semalam?

520
00:48:11,683 --> 00:48:12,935
Ya.

521
00:48:13,519 --> 00:48:14,520
Biar betul.

522
00:48:15,646 --> 00:48:18,482
Dia melihat saya dengan pandangan aneh,
seperti dia kenal saya.

523
00:48:19,024 --> 00:48:21,610
Perayau yang ceroboh rumah saya
buat awak rasa difahami?

524
00:48:21,693 --> 00:48:22,945
Sangat difahami.

525
00:48:24,488 --> 00:48:27,282
Ada bar di bawah bukit ini.
Dia mungkin salah jalan.

526
00:48:28,200 --> 00:48:30,911
Bercakap tentang bar,
awak masih berbau seperti kilang arak.

527
00:48:31,870 --> 00:48:35,332
Maaf, saya perlu hilangkan memori

528
00:48:35,415 --> 00:48:38,627
mak dan ayah mengubah katil kita
semasa kita kecil.

529
00:48:39,211 --> 00:48:41,004
Lama awak tunggu untuk cakapnya.

530
00:49:27,718 --> 00:49:28,719
PANGGILAN DARIPADA PN. SELVIG

531
00:49:28,802 --> 00:49:30,596
BAR DAN GRIL PIP'S
MAKAN TENGAH HARI - MAKAN MALAM

532
00:49:30,679 --> 00:49:32,431
KAWASAN VIP

533
00:49:32,514 --> 00:49:33,515
Helo.

534
00:49:35,058 --> 00:49:40,022
Okey. Malam semalam
kitar semula, Pn. Selvig.

535
00:49:40,105 --> 00:49:41,398
Malam ini sampah.

536
00:49:41,481 --> 00:49:45,152
Awak tetap letak tong sampah awak
di kawasan saya. Jadi…

537
00:49:47,154 --> 00:49:48,655
Ya. Okey.

538
00:49:49,907 --> 00:49:53,202
Saya tak boleh berbual sekarang.
Saya di kedai makan. Tapi…

539
00:49:54,786 --> 00:49:56,288
Tidak, sendirian.

540
00:49:59,041 --> 00:50:01,502
Bar dan Gril Pip's.

541
00:50:02,544 --> 00:50:03,629
Maaf.

542
00:50:05,214 --> 00:50:07,424
Putuskan talian. Cepat.

543
00:50:12,513 --> 00:50:15,724
Maaf, Pn. Selvig.
Mereka dah masak dan dah sampai.

544
00:50:18,018 --> 00:50:20,938
Hai, anak-anak. Makan apa malam ini?

545
00:50:26,026 --> 00:50:28,820
Maafkan saya.
Awak tak faham maksud ayat itu.

546
00:50:31,240 --> 00:50:33,700
Awak mengikut saya?

547
00:50:34,701 --> 00:50:36,245
Suara awak berbeza di sini.

548
00:50:37,204 --> 00:50:38,288
Lebih teruk.

549
00:50:40,374 --> 00:50:42,918
- Okey, siapa awak? Saya…
- Petey.

550
00:50:43,001 --> 00:50:45,337
Nama saya Petey. Saya dari Lumon.

551
00:50:47,631 --> 00:50:51,510
Itu tak mungkin.
Semua orang di jabatan saya…

552
00:50:51,593 --> 00:50:54,513
Dipisahkan. Saya juga dulu.

553
00:50:56,390 --> 00:50:58,559
Okey. Pemisahan itu kekal.

554
00:50:58,642 --> 00:51:02,312
Ya. Sukar untuk memintas implan itu.
Saya dapat bantuan.

555
00:51:15,450 --> 00:51:18,120
Awak tak gembira di tempat kerja?

556
00:51:18,203 --> 00:51:20,789
- Awak tak buat aduan, tapi…
- Tidak.

557
00:51:21,498 --> 00:51:24,585
Saya dah cuba buat aduan. Awak juga sama.

558
00:51:26,420 --> 00:51:29,506
Ya. Okey. Jadi…

559
00:51:30,966 --> 00:51:32,426
Awak pulihkan pemisahan itu.

560
00:51:32,509 --> 00:51:37,306
Sekarang awak fikir mereka kejar awak?

561
00:51:41,101 --> 00:51:42,102
Ya.

562
00:51:45,439 --> 00:51:49,610
"Mereka" ialah Graner,
yang mungkin ada di sini sekarang.

563
00:51:49,693 --> 00:51:54,323
Graner. Okey.
Dia seseorang awak kenal atau…

564
00:51:54,406 --> 00:51:57,701
Kita berdua kenal dan tak suka dia.

565
00:51:59,286 --> 00:52:00,287
Okey.

566
00:52:06,210 --> 00:52:10,506
Keadaan di sana
tak seperti mereka beritahu kita.

567
00:52:12,049 --> 00:52:13,759
Jika sesuatu berlaku pada saya,

568
00:52:14,718 --> 00:52:18,180
perkara yang saya tahu
perlu tetap diketahui.

569
00:52:20,682 --> 00:52:22,559
Saya mahu ia diketahui oleh kawan saya.

570
00:52:28,190 --> 00:52:30,692
Kita berkawan?

571
00:52:32,194 --> 00:52:33,570
Saya kawan baik awak.

572
00:52:35,239 --> 00:52:36,740
Awak kawan baik saya.

573
00:53:05,602 --> 00:53:09,731
SELAMAT HARI LAHIR, ANAK SAUDARA!

574
00:53:12,109 --> 00:53:14,820
<i>Mark, maaf tentang kad ini.</i>

575
00:53:15,863 --> 00:53:18,198
<i>Saya perlu ambil sesuatu
dan saya tahu ini tak sesuai.</i>

576
00:53:18,282 --> 00:53:21,493
<i>Tapi awak pasti jadi
anak saudara yang hebat.</i>

577
00:53:23,745 --> 00:53:27,291
<i>Kita pernah tertanya
tentang diri kita di dunia luar,</i>

578
00:53:27,916 --> 00:53:30,627
<i>pilihan kita dan sebabnya.</i>

579
00:53:37,384 --> 00:53:39,344
<i>Saya pernah fikir hanya orang jahat</i>

580
00:53:39,428 --> 00:53:41,805
<i>akan letak seseorang di pejabat begitu.</i>

581
00:53:43,599 --> 00:53:46,143
<i>Lebih-lebih lagi
kalau meletak dirinya sendiri.</i>

582
00:53:49,146 --> 00:53:52,941
<i>Tapi kita bukan orang jahat, Mark.
Bukan penjahat sebenar.</i>

583
00:53:55,694 --> 00:53:59,740
<i>Jika awak tak mahu tahu
keadaan di bawah sana, saya takkan paksa.</i>

584
00:54:02,326 --> 00:54:06,330
<i>Tapi jika awak mahu tahu,
ada alamat di belakang kad ini.</i>

585
00:54:08,332 --> 00:54:13,128
<i>Pergi bersendirian, awak akan temui
permulaan jawapan yang sangat panjang.</i>

586
00:54:13,212 --> 00:54:16,340
499 JALAN HALF LOOP

587
00:54:34,733 --> 00:54:37,069
Itu awak, Mark?

588
00:54:37,152 --> 00:54:38,445
Hai, Pn. Selvig.

589
00:54:39,905 --> 00:54:44,201
Saya malu sebab keliru tentang tong ini.

590
00:54:44,284 --> 00:54:45,577
Tidak, ia tak mengapa.

591
00:54:46,787 --> 00:54:47,788
Bagaimana makan malam tadi?

592
00:54:48,789 --> 00:54:51,750
Okey. Cuma saya penat.

593
00:54:53,460 --> 00:54:56,004
Ibu saya seorang Katolik.

594
00:54:56,088 --> 00:55:01,802
Dia cakap santo mengambil masa lapan jam
untuk merahmati kanak-kanak yang tidur.

595
00:55:02,678 --> 00:55:05,055
Saya harap awak tidur secukupnya.

596
00:55:06,139 --> 00:55:09,560
Saya akan beri mereka
masa yang lebih daripada cukup malam ini.

597
00:55:11,144 --> 00:55:12,646
Selamat malam, Pn. Selvig.

598
00:55:12,729 --> 00:55:13,730
Mark.

599
00:55:16,900 --> 00:55:18,610
Awak orang yang baik.

600
00:57:08,387 --> 00:57:10,389
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman

